Tuesday, November 27, 2012

Penting weyh!! Fitnes/ Health Goal

Encik A: Tahukah Encik U, sejak saya mulakan program ini, saya telah hilang sekilogram berat badan dalam masa sehari jewww!
Encik U: Like seriously? Wah, saya pun nak macam tu. Saya akan amalkan program diet ini dan hilangkan sekilo dlm masa sehari juga. Seminggu dah 7 kg. Sebulan dah 30 kg. I'm so gonna proud of myself! 
*Selepas seminggu*
Encik U: Dah seminggu ni, takde ape perubahan pun? Kata 7kg. Tipu je. Dah la, malas la I nak berdiet bagai. Enough is enough!!
Yeah right. Memanglah berkurang dalam masa sehari, kalau awak timbang berat badan lepas pergi kencing or berak buang air! 2-3 kilo pun boleh kurang. -.- (Kredit)

Inilah kepentingan meletakkan aim/ goal yang realistik jika anda mahu serius untuk mengamalkan diet program/ fitness program/ weight loss program dan sebagainya. Jika aim yang diletakkan tidak realistik, anda akan cepat kechewa dan berhenti di tengah jalan (Walters, 2011). Sayanglah!

Pergilah ke mana-mana website, tengoklah mana-mana buku, jika anda sedang mencari program-program kesihatan seperti yang saya sebutkan di atas tadi, kebanyakannya akan dimulai dengan Set Your Goal. Serius!
Unicorns are real. So I wanna become a unicorn! Eat well, exercise well! (Kredit)


Aim/ goal secara umum
Aim/ goal secara umum anda mungkin boleh lebih dari satu (sila tanda mana yang berkenan). Anda semua dah besar dan bijak untuk meletakkan nawaitu masing-masing kan:
  • Nak hilangkan lemak dan berat badan 
  • Nak tampil kurus dan slim
  • Nak muscle dan tampak maskulin dowh 
  • Nak gain muscle dan lose fat at the same time
  • Bila nampak sihat, saya akan lebih konfiden dan yakin menghadapi cabaran hari esok, eh
  • Nak sihat supaya dapat beribadat banyak. Lillahi ta'aala :') 
  • Saya atlit memerlukan tahap fitness yang tertentu 
  • Aesthetic brahhh
  • I feel good when I look good
  • Pasangan saya tak suka saya gemuk sobs2 :'( 
  • Saya nak sihat je. Seriously
  • Saya terpengaruh dengan filem dan budaya barat, semua orang nampak chantek.
  • Dan lain-lain: You name it! 
Aim/ goal secara spesifik 
Mereka yang ingin memulakan weight loss program selalunya akan meletakkan target untuk hilangkan sekian-sekian berat badan dalam sekian-sekian tempoh. Pria-pria yang work out di gym pula akan target untuk gain muscle sekian-sekian kg dalam masa sekian-sekian tempoh. Tidak dinafikan, meletakkan goal secara spesifik ini sedikit susah dan mencabar, kerana individu adalah berbeza dan terlalu banyak faktor yang mempengaruhi (Fitday, 2011; Scooby, 2012). Namun, pastikan ianya REALISTIK supaya anda tidak kecewa. Bagaimana? Google lah! Atau boleh hubungi saya secara personal. Atau nantikan post yang akan datang hehe :) 
I can look like this in 5 months. It is realistic!! Pffttt -.- Remember, set a realistic goal(s)! :) (Kredit)

Kenapa perlu ada goal? 
Kerana: 
1. Ianya berkait rapat dengan apa yang perlu anda ambil dalam diet anda (berapa banyak kalori dalam sehari, berapa gram makronutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak dalam sehari atau satu hidangan, supplement tertentu yang anda perlukan)
2. Dan apa work out/ exercise yang perlu anda lakukan (intensity/ duration atau berapa jam sehari perlu anda bersenam/ work out)

Tak mencapai goal?
Seorang rakan health coach pernah bercerita yang kliennya mengadu berat badan tidak menurun walaupun diet dan senaman yang sesuai diamalkan. Sesungguhnya, keberkesanan weight loss program bukanlah semata-mata pada berat badan sahaja (untuk jangka masa pendek), kerana badan anda mungkin hilang lemak dan tambah otot (gain muscle) pada masa yang sama- sebab itu tiada perubahan pada berat badan. Dan ini adalah suatu yang positif kerana lebih banyak muscle, lebih banyak kalori digunakan dan ini membantu pembakaran lemak badan (Mack, 2011; CK Fitness, 2007). Ketahuilah, terdapat banyak cara untuk mengukur progress anda contohnya ukur lilit pinggang/ pinggul/ paha, strength/ kekuatan, stamina dan lain-lain lagi (tak pe kalau tak faham, nanti kita jelaskan dalam post akan datang).

Pengalaman saya sendiri, dalam masa 4-5 bulan, saya telah meletakkan target untuk:
- gain muscle mass 2-3 kg
- hilangkan lemak badan terutamanya belly fat yang cukup degil dan susah untuk dihilangkan (Wyden, 2011)
Dan yeap, saya berjaya! Berat saya naik 65kg kepada 68.5 kg (menandakan saya dah gain muscle mass, dan ukur lilit pinggang berkurang 34 inci kepada 32.5 inci (menandakan banyak lemak yang telah dibakar).
Yeap, di dalam gambar ini adalah saya, dengan seluar yang dibeli 3-4 tahun lepas. 


Goal saya. hehe
Ketika tahun pertama di kota London, saya ada bertemu dengan seorang rakan kaki gym. Ketika itu saya belum berjinak dengan fitness/ diet/ gym bagai ini, lalu saya bertanya apa aim dia, dan ini jawapan yang menyentapkan saya:
"Orang zaman dulu, buat kerja buruh dan berat-berat. Sebab itu badan diorang sihat dan kuat. Especially para sahabat zaman nabi dulu. Bila ada seruan berperang, semua boleh pergi sebab badan sihat-sihat dan fit, baru boleh perang. Kita zaman sekarang? Nan ado. Kerja duduk office 8-10 jam, makan macam gajah. Mampu nak pergi perang?"

What else could I say? Lantaran itu, saya bertekad dan meletakkan goal (umum), purely for health dan fitness. (Juga, rujuk post saya di sini: Segalanya bermula (klik). 

So...
Bagaimana? Adakah anda telah fikirkan apakah aim/ goal anda? Tak sure lagi? Jangan risau, boleh hubungi saya secara personal- boleh sama-sama berkongsi.
InshaAllah, ke arah gaya hidup sihat dan cergas!

Rujukan: 
CK Fitness, 2007: http://www.ckfitnessonline.com/articles/burn_calories.html
Fitday, 2011: http://www.fitday.com/fitness-articles/fitness/weight-loss/how-to-set-realistic-weight-loss-goals.html#b
Mack, 2011: http://www.livestrong.com/article/447243-is-it-a-myth-that-muscle-burns-more-calories-than-fat/
Scooby, 2012: http://scoobysworkshop.com/muscle-gain-calculator/
Walters, 2011: http://www.sparkpeople.com/resource/fitness_articles.asp?id=1595
Wyden, 2011: http://www.livestrong.com/article/99642-belly-fat-hard-lose/

No comments:

Post a Comment