Friday, December 14, 2012

Protein bar! Khas untuk kaum pria

PROTEIN BAR-Anda mesti pernah nampak natang ni dijual di kedai-kedai kesihatan atau farmasi, kan. Harganya memang mahal, seketul protein bar harganya lebih kurang RM8-10. Baik buat sendiri! 

Sebenarnya telah sekian lama saya menyimpan hasrat untuk mencuba resepi ini tapi asyik tidak berkesempatan. Jadi sempena hari Jumaat tarikh yang lawa 1/2/34H (hehe) ini, saya curi jugak masa untuk cuba resepi protein bar ini. Ala, tak lama pun sebenarnya, penyediaan cuma ambil masa 10-15 minit. Yeap! Tak caya ce cuba try buat sendiri. Hehe. Dan rasanya sumpah sodaaaap memang terharu dengan masakan sendiri :') :') 

Protein bar, obviously namanya pun protein memang tinggi dengan protein. Sesuai untuk breakfast kalau terbangun lewat, snack between meals ataupun pre-workout meal untuk energy load. Memang hidangan sihat sebab tiada added white sugar, tiada tepung putih, tiada mentega tambahan dan sebagainya lah. 
Boleh disimpan di dalam peti sejuk (maaf ini kali pertama saya cuba, jadi tak pasti berapa lama boleh tahan). 

Nutritional value (anggaran) utk satu hidangan (2 ketul bar pendek): 
Calorie: 250-300kcal (yup, boleh juga dipanggil energy bar)
Protein: 25-30g 
Carbohydrate: 30-40g 
Fat: (ok saya belum kira lagi ni, nanti saya update. Yang penting, sumber lemak mainly adalah daripada peanut butter

Nah resepinya! 



Bahan-bahan: 
Bahan A (basah)
- 3-4 sudu besar madu asli 
- 3-4 sudu besar peanut butter (saya gunakan versi no sugar added
Bahan B (kering) 
- 4 x serving of whey protein/ 25g x 4 (saya gunakan perisa cokolat celup) 
- 3 x serving instant oat (30g x 3) 
- a handful of kekacang/ cereal sesuka hati (dalam kes ini saya gunakan Grape-nuts natural whole grain wheat dan Dark Chocolate Granola & Macadomia nuts). Boleh guna almonds, kacang tanah, walnuts, tak kisah. 
- a handful of buah-buah kering (dalam kes ini saya guna kismis), boleh guna cranberry, appricot, apa jua selera anda. 

Cara-cara: 
1. Mulakan dengan bismillah. Basuh tangan dengan sabun anti-bacteria dan keringkan tangan dengan tuala bersih. eh. 
2. Jika peanut butter anda keras, masukkan ke dalam mangkuk kemudian microwave/ ovenkan sampai lembut/ cair. Kemudian campurkan dengan madu. Letak tepi dahulu. Setel bahan A (basah)! Kalau anda berpeluh, sila lap peluh di dahi itu. 
2. Letak semua bahan B (kering) ke dalam mangkuk besar, gaul. 
3. Campur bahan A ke dalam mangkuk besar yang ada bahan B. Uli-uli la dengan tangan atau senduk. 
4. Boleh adjust ulian/ dough dengan menggunakan air, sampai agak-agak teksturnya semua bersatu dan bermuafakat antara satu sama lain.
5. Letak dan penyetkan di atas tray yang dilapik dgn aluminium foil/ wax paper. Letak dalam peti sejuk selama 30 minit. Keluarkan dan potong-potongkan mengikut saiz yang anda suka. 
 6. Tadah tangan dan ucapkan kesyukuran kerana protein bar anda telah siap!! Sekarang sila makan dan simpan selebihnya di dalam peti sejuk. 
Rupa protein bar yang dah siap. :')

Sekian, semoga bermanfaat. Selamat mencuba!

2 comments: