Monday, November 26, 2012

Segalanya bermula...

Ini kisahku. 
Sebagai seorang budak kampung asli, bersekolah di luar bandar, rumah pun pakai lampu minyak tanah (ok ini tipu), saya memang dibesarkan dalam suasana yang tidak ambil peduli dengan gaya hidup sihat seperti yang dicanang di dada akhbar dan televisyen. Sepanjang hidup, tidak pernah saya ambil tahu tentang piramid makanan, senaman atau latihan, kepentingan buah dan sayur apatah lagi supplement bagai ni. Maka jadilah saya warga negara Malaysia tipikal, tampil kurus dan biasa-biasa secara fizikal tapi di sebalik baju itu lemak pinggang atau belly fat/ love handle/ spare tire (atau segala terma yang anda tahu) semakin menebal dari hari ke hari walaupun umur baru mencecah 20-an. Hodoh kot, kan?
Belly fat- lemak yang tertonjol menggelebeh terutama bila anda duduk atas sofa ketika menonton TV. Ha. (Kredit)


Apa yang membuatkan saya berubah?
Isu lemak ini bukanlah berkaitan dengan penampilan semata-mata (terutamanya kerana ianya boleh disorok di sebalik baju yang lawa!), tetapi isunya adalah berkaitan dengan kesihatan, contohnya belly fat dikaitkan dengan peningkatan kadar risiko sakit jantung dan diabetes, dan risiko mati awal sebanyak dua kali ganda (Boyles, 2008). Tapi ada aku ambil kesah? Nan ado. Tipikal Malaysian.
Lalalala I tak kisah la. (Kredit)

Namun, pengalaman hidup selama tiga tahun di London, UK telah mengubah persepsi dan kerangka pemikiran saya. Di sana, dari segi amalan gaya hidup sihat adalah cukup berbeza berbanding di Malaysia. Di sana sini anda boleh melihat manusia berjogging atau berlari atau berbasikal, pusat-pusat sukan dan kesihatan seperti gimnasium berada di mana-mana sahaja (dan murah!), dan taman-taman dipenuhi dengan aktiviti fizikal. Makanan berkhasiat dan sihat begitu mudah didapati di mana-mana dengan harga yang murah. Hasilnya, anda dapat melihat pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang berumur 50 tahun ke atas masih kekal  fit dan sihat, kurang dihinggapi penyakit. Juga, fenomena makcik atau nenek warga emas menarik troli berjalan sendiri ke pasaraya nak beli bahan dapur adalah perkara biasa di sana. Yeap, tak tipu!
Gambar kanan: troli itu memang dikenali sebagai 'grandma shopping trolley' di UK. (Kredit 1, 2)

Di Malaysia pula, tidak henti-henti saya mendengar orang ini, orang itu dihinggapi penyakit termasuklah ibu dan ayah saya yang terchenta juga yang kini dihinggapi diabetes dan darah tinggi (moga sembuh, inshaAllah). Ah, ibu dan bapak saudara, nenek saudara bagai semua apatah lagi, semuanya ada diabetes seolah-olah ini penyakit keturunan dalam keluarga saya dua-dua pihak (ibu dan ayah). Disebabkan penyakit ini ada kaitan dengan keturunan/ genetik (American Diabetes Association, 2012), maka saya juga ada risiko untuk mewarisi penyakit ini (dan termasuklah penyakit berkait yang lain). 

Justeru, hal ini telah membuatkan saya merefleks kembali, apakah yang menyebabkan berlaku semua ini (drama je bunyi). Memang tidak dinafikan, partly adalah disebabkan genetik tetapi persekitaran atau environment juga memainkan peranan yang sangat-sangat besar. Lantaran itu, saya mengambil keputusan untuk mengubah perkara ini dan melakukan anjakan paradigma (hah!), lantas memulakan gaya hidup sihat! ^_^

So...?
Eat/ diet well, exercise regularly. That is the key. Period. Saya tak mahu lakukan ini seorang-seorang saja lantas menyeru anda semua juga, jom! InshaAllah, ini ikhtiar kita. :)

Rujukan: 
American Diabetes Association, 2012: http://www.diabetes.org/diabetes-basics/genetics-of-diabetes.html
Boyles, 2008 : http://www.webmd.com/diet/news/20081112/belly-fat-doubles-death-risk

No comments:

Post a Comment